Menyusun kembali meja dan kerusi sebelum dan selepas kelas tamat.
Memastikan papan putih bersih sebelum dan selepas kelas tamat.
Memastikan kelas sentiasa bersih.
Menghormati dan bersikap baik terhadap pelajar lain.
Menumpukan perhatian sepenuhnya semasa guru sedang mengajar.
Mengemas kembali buku / al-quran / alat tulis.
Merekod ketidakhadiran ke kelas dan perhimpunan.
Pelajar diwajibkan menyerahkan surat mc kepada warden atau guru bertugas setelah pulang ke sekolah.
Pelajar wajib menjaga batas pergaulan antara pelajar lelaki dan perempuan
Fasal 1b : Peraturan Am di Sekolah
PERKARA (PELAJAR DITEGAH)
Membuat bising di dalam kelas.
Tidur di dalam kelas.
Makan atau minum di dalam kelas.
Menjerit di dalam kelas / perpustakaan / pejabat.
Bising semasa turun atau naik tangga.
Membawa buku yang tidak berkait dengan pembelajaran.
Duduk di meja atau kerusi guru.
Menconteng meja, kerusi termasuk harta benda sekolah.
Bising semasa guru sedang mengajar.
Ejek mengejek pelajar lain.
Merosakkan harta benda sekolah / pelajar / guru.
Mengugut pelajar lain.
Lewat masuk kelas.
Tidak membawa atau hilang buku teks / buku kerja / buku Latihan / Al-quran / kitab.
Keluar kelas terlalu lama ( merayau ).
Bermain di dalam kelas.
Bising Ketika guru tiada di dalam kelas.
Bersubahat untuk tujuan tidak baik.
Mengganggu ketenteraman pelajar lain.
Ponteng kelas.
Bergaduh di dalam kelas.
Fasal 2a : Peraturan Waktu Kelas Kitab dan Akademik
PERKARA
Pelajar hendaklah mematuhi waktu kelas kitab dan akademik yang telah ditetapkan seperti yang dijadualkan.
KELAS KITAB
KELAS AKADEMIK
Pelajar dikehendaki berada di dalam kelas pada waktu yang telah ditetapkan.
Pelajar tidak dibenarkan memasuki ke asrama semasa sesi pembelajaran.
Pelajar yang sakit dikehendaki melaporkan diri dengan guru bertugas sebelum dibenarkan berehat di bilik sakit yang ditetapkan.
Pelajar tidak dibenarkan membuat bising, merayau-rayau semasa waktu pembelajaran.
Fasal 2b : Peraturan Kelas Hafazan
Pelajar diwajibkan mengikuti seluruh jadual kelas hafazan yang telah ditetapkan seperti yang dijadualkan.
Pelajar wajib mengaji di tempat yang ditetapkan walaupun dalam keadaan ma’zurah.
Pelajar diwajibkan tasmik sekurang-sekurangnya 1 muka surat setiap hari dan mengulang dengan guru mengikut penetapan guru. Sekiranya pelajar tidak berjaya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan pelajar akan didenda.
Pelajar mestilah menunjukkan kesungguhan dan minat yang mendalam terhadap hafazan.
Fasal 2c : Peraturan di Dewan Makan
Pelajar hendaklah masuk ke dewan makan menetapi waktu makan yang ditetapkan dan diwajibkan makan Bersama-sama.
Hendaklah memakai pakaian yang sopan, sesuai serta menutup aurat.
Masuk ke dewan dengan tertib dan beradab. Sila beratur Ketika mengambil makanan. Dilarang berebut – rebut ketika mengambil makanan.
Berdoa sebelum dan selepas makan.
Makan dengan teratur dan penuh kesopanan.
Dilarang membuang sisa makanan di atas meja atau lantai dewan makan. Makanan hendaklah dibuang ke dalam tong yang disediakan.
Pelajar dikehendaki menggunakan pinggan khas untuk pelajar yang telah di tulis dengan nama masing – masing.
Tidak dibenarkan pelajar menggunakan pinggan khas pelajar lain. Sekiranya berlaku pelajar tersebut akan didenda.
Semua pinggan dan gelas yang digunakan hendaklah dicuci dan diletakkan di tempat yang dikhaskan selepas makan. Dilarang meninggalkannya di atas meja atau di dalam singki.
Petugas dewan makan dikehendaki menjalankan tugas dengan sempurna selepas setiap kali waktu makan.
Kebersihan di dewan makan sentiasa di jaga dan pastikan bersih sebelum dan selepas makan.
Fasal 2d : Peraturan di Surau
Pelajar diwajibkan untuk solat berjemaah di surau pada setiap waktu solat.
Pelajar hendaklah menjaga kebersihan dan ketenteraman surau.
Pelajar dilarang membuat bising / bersembang di dalam surau.
Semua lampu kipas dan penghawa dingin hendaklah dimatikan sebelum keluar dari surau.
Pelajar dilarang tidur dan bermain di dalam surau.
Pelajar dilarang makan dan minum di dalam surau
Fasal 2e : Peraturan Kokurikulum
PERKARA
Pelajar dikehendaki memakai pakaian yang telah ditetapkan oleh guru kokurikulum.
Pelajar dikehendaki menepati masa dan mematuhi segala arahan guru semasa aktiviti kokurikulum.
Pelajar dihendaki menyediakan peralatan @ perkakas yang berkaitan sebelum aktiviti dimulakan.
Pelajar perlu sentiasa memastikan kebersihan dan kekemasan tempat aktiviti dijalankan samada sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan.
Fasal 2f : Peraturan di Bilik Asrama
PERKARA
Pelajar hendaklah mematuhi waktu tidur dan rehat yang ditetapkan. Semua pelajar dikehendaki berada di tempat tidur masing-masing selewat-lewatnya 11.30 malam.
Pelajar perlu menjaga adab kesopanan dan tatatertib Ketika Bersama rakan-rakan.
Pelajar tidak dibenarkan membuat bising, merayau-rayau atau berbual-bual pada waktu tidur / istirehat / qailullah.
Pelajar hanya dibenarkan untuk tidur di bilik atau di katil sendiri sahaja sebagaimana yang telah ditetapkan.
Pelajar tidak dibenarkan untuk tidur di asrama semasa waktu persekolahan atau waktu kelas, waktu kokurikulum dan sebagainya.
Semua perabot di asrama seperti katil dan almari tidak boleh dipindahkan atau dialihkan posisi asal melainkan dengan kebenaran.
Pastikan tilam bercadar dan bantal bersarung dengan kemas dan teratur. Pelajar hanya dibenarkan menggunakan cadar yang telah ditetapkan oleh pihak maahad sahaja.
Pastikan pakaian di lipat atau digantung dengan kemas di dalam almari. Pakain dan tuala yang lembap hendaklah dijemur di ampaian.
Pelajar tidak dibenarkan membawa makanan luar secara berlebihan. Makanan yang dibenarkan hanyalah beberapa jenis biskut dan buah seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
Pelajar tidak dibenarkan membawa / memakai sebarang alat solek semasa berada di maahad.
Pelajar dilarang membawa / menggunakan menyimpan telefon bimbit.
Sebarang penggunaan gajet adalah dilarang.
Pelajar dilarang membawa sebarang alatan elektrik tanpa kebenaran (pengering rambut, seterika, cerek dan lain-lain).
Pelajar dilarang membawa sebarang majalah atau buku berbentuk hiburan atau bercanggah dengan etika dan tatasusila.
Pemeriksaan asrama akan dijalankan bila-bila masa, sila pastikan kebersihan dan kekemasan bilik anda.
Semua lampu dan kipas hendaklah dimatikan sebelum keluar dari bilik.
Pelajar hendaklah memastikan asrama yang ditinggalkan dalam keadaan bersih, kemas dan semua peralatan elektrik ditutup sebelum meninggalkan asrama.
Fasal 2g : Peraturan Keluar Masuk Asrama
Pelajar hanya dibenarkan pulang cuti ke rumah mengikut cuti yang telah disediakan oleh pihak maahad. Sebelum pulang ke rumah sila pastikan:
Bilik almari dan buku dalam keadaan kemas.
Lampu dan kipas ditutup.
Tiada pakaian yang tertinggal di asrama, tandas, dan ampaian.
Mengambil buku rekod keluar masuk dan rekod ulangan pelajar di pejabat.
Membawa pulang semua kerja sekolah yang telah diamanahkan oleh guru.
Pelajar dikehendaki pulang ke asrama sebelum jam 6.30 petang. Jika lewat pelajar tidak dibenarkan outing seterusnya. Buku pulang ke rumah dan outing perlu diserahkan kepada warden yang bertugas sebaik sahaja sampai ke asrama.
Ibu bapa pelajar boleh dating melawat pada waktu melawat sahaja. Dan pelajar dibenarkan keluar Bersama ibu bapa mengikut takwim yang telah ditetapkan oleh maahad.
Sekiranya ibu bapa pelajar ingin membawa keluar/pulang ke rumah di luar waktu yang dibenarkan atas sebab-sebab tertentu sila hubungi pengetua terlebih dahulu bagi mendapatkan kebenaran dan pastikan pelajar mengisi borang keluar masuk asrama sebelum meninggalkan kawasan maahad.
Bagi memohon pelepasan asrama dalam tempoh masa yang agak Panjang seperti menunaikan umrah maka ibu bapa haruslah membuat surat permohonan dan disusuli dengan perbincangan bersama pengetua sekurang-kurangnya seminggu sebelum.
Fasal 3b : Pemakaian Luar Waktu Persekolahan Rasmi (Waktu Mengaji, Waktu Prep, Waktu Ulangkaji Dan Aktiviti Sukan Dan Lain-Lain)
PERKARA
Pemakaian pelajar lelaki:
Baju melayu.
Kurta yang tidak slim fit.
Jubah.
Kopiah putih/hitam sahaja.
T-shirt lengan pendek/panjang dan seluar track (aktiviti sukan/kokurikulum).
Seluar jenis jogger pan adalah tidak dibenarkan.
Seluar pendek atas pada lutut juga tidak dibenarkan.
T-shirt bergambar seperti gambar binatang, manusia tidak dibenarkan.
Pelajar dilarang memakai pakaian yang ketat/ menampakkan bentuk badan.
Pemakaian pelajar perempuan:
Baju kurung lengan bersarung tangan.
Jubah.
Tudung bulat sahaja dan jahit di tengah.
T-shirt muslimah labuh hingga paras lutut serta longgar dan tidak jarang hingga boleh menampakkan bentuk badan.
Tidak dibenarkan memakai baju tanpa lengan seperti singlet.
Sarung kaki yang Panjang dan berwarna gelap sahaja. Stokin berwarna atau bercorak atau ikut bentuk jari kaki tidak dibenarkan.
Seluar track yang longgar dan tidak ketat yang menampakkan bentuk kaki ( aktiviti sukan/ kokurikulum ).
Seluar jenis jogger pan tidan dibenarkan.
Seluar tiga suku dan pendek juga tidak dibenarkan hanya seluar Panjang sahaja.
Pelajar dilarang memakai pakaian yang ketat / menampakkan bentuk badan.
Pakaian mestilah kemas, bersih dan suci.
Dilarang memakai shawl, bawal bagi pelajar perempuan.
Tidak dibenarkan memakai minyak wangi dan sebarang alat solek bagi pelajar perempuan.