Maahad Integrasi Karimiyah

VISI

Sebuah Institusi Pendidikan dan Pusat Perkembangan Ilmu yang melahirkan generasi al Quran dan ilmuan yang diredhai ALLAH SWT.

MISI

Melahirkan generasi ilmuan al Quran yang bertaqwa, ikhlas, berilmu, beramal, berakhlak mulia dan berketerampilan sebagai khalifah di muka bumi melalui sistem pendidikan integrasi serta holistik berasaskan pengurusan berkualiti.

OBJEKTIF

Melahirkan generasi huffaz al Quran untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah.

Membudayakan amalan menghafaz al Quran dalam kalangan masyarakat bagi melaksanakan tuntutan agama.

Melahirkan masyarakat yang beriman, berilmu dan beramal berpandukan ajaran Islam mengikut kefahaman ahlu sunnah wal jamaa'h (al asyaairah).

Melahirkan cendikiawan Islam yang dapat menguasai keseluruhan ilmu agama dengan tidak mengabaikan ilmu keduniaan (akademik) bagi mengamalkan agama ALLAH SWT.

Menghidupkan tradisi pengajian al Quran berasaskan sunnah Rasulullah SAW yang menekankan 5M (membaca, menulis, menghafaz, memahami dan menghayati).